The Little Khalifah Shop akan mengadakan satu kelas ilmu. Kelas ini akan membincangkan persoalan yang berkaitan dengan tanggungjawab pasangan suami isteri yang sama-sama bekerja.
Kita sering mendengar rungutan di kalangan isteri yang bekerja untuk membantu suami, tetapi suami pula tidak membantu mereka menguruskan rumahtangga.
Insya Allah di dalam kelas ini kita akan melihat bagaimana para sahabat menguruskan rumahtangga agar dapat menjadi contoh kepada pasangan yang bekerja pada zaman ini.
Berikut adalah butiran mengenai kelas ini.
Tajuk : Suami Isteri Bekerja: Melihat contoh para sahabat
menguruskan rumahtangga.
Penceramah: Ustaz Adlan Abd Aziz
Tarikh: Ahad, 12hb Oktober 2008
Masa: 10.00 – 11.30 pagi
Tempat: The Little Khalifah Shop
2750A Jalan Changkat Permata
Taman Permata
53300 Kuala Lumpur
Penyertaan adalah percuma.
Untuk pendaftaran sila hubungi:
03 4147 2626
Tuesday, October 7, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam
Boleh bagi map bagaimana hendak ke Taman Permata @ tanda-tanda yang mudah hendak kesana?
err.. saya nak tanya website littlekhalifahshop dah takde ke? saya cuba access ni dah tak boleh la.. saya dah lama tak pergi website dengan kedai.. kat wangsa maju tu..
Mia Shakira,salam juga.
Sis Mia boleh berikan alamat e-mail kepada kami, kami akan e-mailkan map kepada Sis Mia
Cik tips, website kami ada sedikit masalah. buat masa ini, kami menggunakan blog untuk memberitahu segala aktiviti di kedai kami.
Untuk makluman cik tips, kami telah berpindah ke Taman Permata.
salam, saya dah terlepas nak hadir bicara ilmu hujung minggu pada 9 Nov lepas tentang Kehidupan Rasulullah dan Para Sahabat
dengan anak- anak.
bila akan ada lagi sessi sebegini?
16 Nov ni ada apa2 aktiviti tak?
Post a Comment